TENTANG
Daus ringkaskan IPO supaya korang faham cepat.

SIAPA DAUSDK
DausDK adalah content creator kewangan Malaysia yang bantu ramai orang faham pelaburan dalam bahasa mudah. Ramai yang tanya Daus "IPO apa yang latest?" — jadi site ni dibina sebagai jawapan tetap. Setiap IPO diringkaskan sendiri oleh Daus daripada prospektus rasmi.
APA SITE INI BUAT
- • Ringkaskan setiap prospektus IPO Bursa Malaysia dalam BM yang senang faham.
- • Kumpul tarikh penting supaya korang tak terlepas tempoh mohon.
- • Beri pro & kontra yang jujur — bukan hype.
SUMBER DATA
Semua data kewangan dan fakta diambil daripada prospektus rasmi yang diterbitkan di Bursa Malaysia / Suruhanjaya Sekuriti. Tiada data pasaran masa nyata — harga semasa dikemaskini sekali sehari selepas pasaran tutup.
PENAFIAN PENUH
Baca ni dulu.
⚠️ PENAFIAN RASMI
Semua kandungan di laman web ini disediakan untuk tujuan pendidikan dan maklumat sahaja. Ia tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, syor atau pelawaan untuk membeli atau menjual mana-mana sekuriti. DausDK bukan pemegang lesen penasihat pelaburan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Sebarang keputusan pelaburan dibuat atas risiko anda sendiri. Sila rujuk prospektus rasmi Bursa Malaysia dan dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang pelaburan.
Kandungan laman ini adalah pendapat peribadi Daus dan bukan nasihat kewangan. Ia bukan cadangan untuk membeli, menjual, atau memegang mana-mana sekuriti. Semua data diambil daripada prospektus rasmi, tetapi korang bertanggungjawab untuk mengesahkan maklumat dan membuat keputusan sendiri.
Pelaburan saham melibatkan risiko — nilai pelaburan boleh naik dan turun, dan korang mungkin kehilangan sebahagian atau keseluruhan modal. Prestasi masa lepas tidak menjamin prestasi masa depan.
Platform: Moomoo Securities Malaysia Sdn. Bhd. (lesen SC: eCMSL/A0397/2024), dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Daus mungkin menerima komisen rujukan daripada pautan pendaftaran (Moomoo, FSM One) di laman ini. Ini tidak mengubah kandungan analisis. Semua reward adalah untuk 18+ Malaysia sahaja dan tertakluk kepada terma platform masing-masing.
